Monday 18 February 2013

#13 : Ikan Sungai Klang

kalaulah ada ikan
lahir & hidup di sungai klang,
dan Allah jadikan mereka buleh bercakap..
agaknya apa jawapan mereka bila dapat soalan ini :

"tahukah kamo0, ada sungai yang lebih cantik dari sungai klang..??"

patik rasa mereka akan kata :

"tidak..ini lah sungai yang tercantik di bumi"

kerana mereka hidup lama disitu, lahir disitu, dibesarkan disitu..
dan yang paling penting, mereka tak pernah hidup di sungai lain..
mereka tak pernah lihat..
.
.
patik cuma nak sampaikan,
jika kita hanya lihat keadaan dari satu 'sungai' sahaja,
buleh jadi apa yang kita laksanakan selama ini, salah..
kerana kita tak lihat 'sungai' lain..sepanjang hidup kita..

jika kita hidup dalam sesebuah 'masyarakat',
tanpa melihat 'masyarakat' lain,
buleh jadi, apa yang kita kerjakan selama ini salah...

padahal mereka ada cara yang lebih sesuai.. 
tapi kita nampak sesuatu itu baru dan asing.

buleh jadi kita seperti ikan di sungai klang selama ini..
hanya lakukan apa yang 'masyarakat' sebelum kita lakukan..
tanpa sedar ada yang lebih baik..
kerana zaman berubah..

jika kita bersikap seperti ikan sungai klang,
kita sama dgn masyarakat zaman jahiliyah dulu..
mereka lihat apa yang disampaikan Nabi Muhammad S.A.W,
sesuatu yang baru dan asing...
.
.
.
"lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung"
"yang mana satu engkau pilih..??"
 - M.Nasir, Tanya Sama Itu Hud-Hud

2 comments: