Sunday 28 April 2013

#35 : Satu-satu

waktu makan, kita perlu makan
waktu rehat, kita perlu rehat
waktu belajar, belajarlah
waktu kerja, kerjalah

tiap-tiap sesuatu ada ukuran & ketetapannya..
tiap-tiap sesuatu ada fitrahnya.. 

hormatlah pada fitrah yang telah ditetapkan
ketetapan dari Dia,
pastinya sempurna...(^_~)v

# al-Qamar : 49-50

#34 : To Politicians


Friday 26 April 2013

#31 : Pesta Buku Antarabangsa 2013


PWTC : 26 April - 5 Mei 2013
jum2....(^_~)v

#30 : The Past

pic dari bro google

#29 : Adeh...Lupa Nak Tulis Tajuk Ape..Hehe..

malam ni makan mee segera..
malas nak keluar...huhuu..

sebelum mula menjamu selera..
lihat makanan tu...

bila kali terakhir,
kita lihat makanan dengan rasa benar-benar syukur dengan apa yang DIA beri..??

malam ini KAU beri aku mee segera..
terima kasih Ya Allah...
(T~T)..

Post-Mortem Diri

# Mari berfikir dengan mendahulukan Tuhan..

#28 : Lama

hehe....lama dah tak update..
Patik doa kamo0 sume sehat-sehat belaka~

soal lama,
buat patik terfikir sesuatu..

kamo0 tak lupa untuk doa pada orang tersayang bukan... (T~T)..??

kalau lupa, doa sekarang...
serius
sekarang..!!

# jum saling mengingatkan soal ini....(^_~)v

Wednesday 17 April 2013

#27 : Facebook

penat..
kadang2 kita post pasal perkara laen..
tapi tetibe, orang laen pulak terasa....
terpaksa delete...

(~.~")

Monday 15 April 2013

#26 : Pembimbing

jika benar kita seorang pembimbing..

sejauh mana telah kita membimbing insan..??
bagaimana watak perlakuan kita sebagai seorang pembimbing..?
sudah meningkat ilmu kemahiran yang mampu membimbing sesiapa..??

apa yang telah kita lakukan sebai pembimbing..??
ikatan yang ada itu untuk apa..?? berseronok semata-mata...?


sejauh mana kita menjadi ;
'pembimbing yang sebenar-benar pembimbing'...?

sama-sama kita jadikan diri ini baik,
sama-sama kita tolong orang lain jadi baik..
 
# Post-Mortem Diri..

#25 : Tau

dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam ;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

satu-persatu hilang ertinya,
berdikit-dikit menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan ;
kau tau--
namun tak kau akukan.

kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan ;
kau tau--
namun tak kau akukan.

apa kau cari yang sebetul-betulnya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan ;

kau tau.

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan ;

kau tau.

kau tau.
kau sayu.
kau rindu ;

--sama Tuhan.

- Fynn Jamal, Puisi Tepi Jalan

#24 : Salam Takziah

(original pic dari tumblr, edit by brotherselasih)

Salam takziah buat sahabat patik,
yang baru kehilangan bapanya awal bulan ini..
may Allah bless...ameen..

# al-Fatihah