Tuesday 15 April 2014

#85 : Tanaman Yang Memberikan Hasil



beberapa tahun lepas, ada senior pernah beri pengisian..
berkenaan 'Tanaman Terbaik'.. tapi dah lupa...haha.. =P

kemudian, beberapa bulan lepas patik teringat semula.
bila tengok rancangan Motivasi Pagi, TV3..
waktu tu dibicarakan 'Tanaman Yang Memberikan Hasil'..

walaupun ada beza sedikit pengisian dan pengolahan cerita antara kedua-duanya,
tapi mesejnya sama. nah, patik kongsikan secara ringkas ya.. =)


*******










tanaman yang memberikan hasil,
ada empat jenis.










.satu.

tanaman yang memberikan hasil pada jangka masa pendek.
seperti tanam taugeh.
dan dalam masa beberapa hari saja sudah dapat hasilnya.
mudahkan..? =)










.dua.

tanaman yang memberikan hasil jangka masa sederhana.
contoh, tanam padi.
dan dalam masa beberapa bulan saja, sudah buleh dituai.










.tiga.

tanaman yang beri hasil pada jangka masa panjang.
seperti tanam buah-buahan.
dan dalam masa beberapa tahun saja,
pokok akan berbuah.
malah sampai ke anak cucu nanti buleh nikmati..










*soalan :
ada tak tanaman,
yang buleh berikan hasil sampai bila-bila..?










jawapan :
ada.. =)
itulah jenis yang keempat.










.empat.

tanaman yang beri hasil sampai bila-bila.
caranya adalah dengan tanamkan kebaikan dalam jiwa masyarakat.

dan kebaikan itu tidak hanya terus mekar selama hayat,
malah akan berkembang dan sampai pada orang lain..
dan orang lain itu pula akan sampaikan dan pengaruhi orang lain.
begitulah ia akan terus berkembang selagi mana ia terus diamalkan.










tanaman yang terbaik adalah tanam kebaikan dalam jiwa masyarakat

sampai bila-bila.
in syaa Allah. =)










.mayAllahbless.
.sekian.

#84 : Cinta - II



cari-cari dimana cinta, yang terjumpa hanya DIA










cinta tak perlu dicari-cari..
tapi diberi.
kerana tiap-tiap empunya diri,
miliki cinta dari Yang Maha Menyayangi.
=)










kelihatan masing-masing sibuk mencari cinta dari manusia,
tapi sedikit sekali mahu menerima cinta dari DIA..
padahal kita pasti akan menerima cintaNya melebihi dari kita mencintaiNya.










mengelamun saja...hahaha.. =P










cari-cari dimana cinta,
cinta ada pada Yang Esa
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

Monday 7 April 2014

#83 : Ada













kawan,

saat kamu hadapi masalah,
dan kamu mencari siapa yang ada bersamamu,
pasti susah untuk jumpa atau mungkin mustahil,
jika kamu carinya dalam kalangan manusia.










kerana 'Yang Ada' itu Dia,
Allah SWT.
Yang Maha Kekal,
Yang Maha Dekat










tiap-tiap ujian datang,
dibelakangnya ada peluang,
peluang untuk lebih dekat dengan DIA.
=)











.mayAllahbless.
.sekian.

#82 : Banduan



kita semua adalah banduan,
yang dijatuhkan hukuman mati..
manakala dunia ini adalah penjaranya,
dan sekarang,
kita sedang menanti.
bila agaknya hukuman masing-masing akan dijalankan.







jadi kawan,
adakah wajar pada ketika ini,
untuk menyerahkan sepenuhnya nasib hidup kita
dengan bergantung pada orang lain..?
yang kita sedia maklum,
dia juga turut sama dijatuhkan hukuman mati..







pasti tidak bukan..? =)
marilah kita letak tempat pergantungan hidup,
pada DIA, Yang Maha Menentukan.







.mayAllahbless.
.sekian.

Saturday 5 April 2014

#81 : Kita Hebat?



hanya kerana,
kita tahu beberapa kelemahan seseorang itu,
jangan dirasakan kita lebih hebat dari dia.
serius jangan.







barangkali,
kita lebih teruk dari dia.
cuma Allah hijab keburukan kita saja.

jadi jagalah hati, jangan angkuh.







jika semua catatan 'penulis kiri' kita didedahkan pada dunia,
entah berapa mega juta yang akan sanjung kita..?
adakah ada manusia yang mahu dekat dekat kita..??







mari kawan,
sama-sama kita 'Post-Mortem Hati'
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

#80 : Bahasa Universal



patik rasa,

bahasa universal, bukan English Language..
bukan bahasa yang buleh difahami dan diamalkan majoriti manusia,
tapi sepatutnya lebih dari itu.







patik rasa,
 
bahasa universal itu seperti 'bahasa alam',
bahasa yang mampu menghubungkan semua makhluk pada Penciptanya.
baik tumbuhan, haiwan, manusia ataupun alam semesta itu sendiri.







dan patik rasa,

bahasa ini, susah untuk kita dengar..
pertuturannya berbeza antara setiap makhlukNya..
tapi,
tiap-tiap pertuturan bahasa ini,
bawa maksud serta tujuan yang sama :


لا إله إلا الله محمد رسول الله







patik rasa la...haha..
*mengelamun~ =P







Al-Israa' : 44

tanpa kita sedari,
semua makhluk sedang bertasbih padaNya
tak mahukah kita turut serta..?
=)
.mayAllahbless.
.sekian.