Wednesday 27 February 2013

#21 : Hlovate

pic dari google

hadiahkanlah buku ini buat teman..
Insyaallah ada manfaatnya...(^_~)v

#20 : Politik

kalau nak berpolitik,
berpolitiklah..
memang tak salah...

asal jangan mencemuh..
caci maki & buka aib orang..
yang itu bukan politik..

mohon lihat dengan jelas,
dan jangan lupa,
'Post-Mortem Diri'

# layan seseorang sebagaimana kita mahu dia layan kita..
# mayAllahbless~

Monday 25 February 2013

#19 : Hati Sunyi

  
 "That Allah may forgive you your sins of the past and the future, and complete His favour on you, and guide you on the Straight Path"  ( Al-Fath : 2 )

# Seberapa dekat kita dengan Dia selama ini..??
# Post-Mortem Diri...

Sunday 24 February 2013

#18 : Tegur & Cemuh

menegur dan mencemuh itu,
dua perkara yang beza..

salah satunya saja,
yang manusia buleh terima..
hanya dan hanya jika,
disampaikan dalam cara yang membina..

ingat,
biar yang membina saja..

"Open your mouth only if what you are going to say is more beautiful than silence"
- Arabic Proverb

#17 : Lupa

Post-Mortem Diri :

bila dapat sesuatu maklumat,
tulis dan catatlah,
walaupun kamo0 rasa sesuatu itu mudah untuk kamo0 ingat..

sebab kita tidak akan tahu,
seberapa cepat kita lupa sesuatu..

#16 : Adab

"Adab adalah pengenalan dan pengi'tirafan tentang hakikat bahawa ilmu dan kejadian telah disusun dengan tertib mengikut darjat dan martabatnya masing-masing. Adab juga berkaitan dengan kedudukan sebenar seseorang dalam hubungannya dengan hakikat itu serta berdasarkan kepada daya dan potensi jasmani, akal, dan ruhnya."

- Syed Muhammad Naquib al-Attas (Adab Dan Peradaban, Karya Pengi'tirafan Untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, page 45)

Tuesday 19 February 2013

#14 : Untuk Muslim


mohon semua muslim faham,
|
yang kalau kita tidak buleh practice islam,
taubat, Allah buleh ampunkan..
|
kalau kita tidak buleh hidup cara islam,
taubat, Allah boleh ampunkan..
|
tapi,
kalau kita tidak buleh practice apa yang diajar dalam islam,
kepada non-muslim...
diorg tidak akan maafkan kita..
kita bukan hidup sbg seorg muslim,
tapi kita sedang gagal sbgai seorg muslim..
|
jangan hidup tahu membenci saja,
tiba masanya untuk kita lihat mereka sebagai : 
'potential muslim'..

# kita salahkan masyarakat,
# tapi kitalah masyarakat...
# post-mortem diri~

# Al-Quran (3 : 104)

Monday 18 February 2013

#13 : Ikan Sungai Klang

kalaulah ada ikan
lahir & hidup di sungai klang,
dan Allah jadikan mereka buleh bercakap..
agaknya apa jawapan mereka bila dapat soalan ini :

"tahukah kamo0, ada sungai yang lebih cantik dari sungai klang..??"

patik rasa mereka akan kata :

"tidak..ini lah sungai yang tercantik di bumi"

kerana mereka hidup lama disitu, lahir disitu, dibesarkan disitu..
dan yang paling penting, mereka tak pernah hidup di sungai lain..
mereka tak pernah lihat..
.
.
patik cuma nak sampaikan,
jika kita hanya lihat keadaan dari satu 'sungai' sahaja,
buleh jadi apa yang kita laksanakan selama ini, salah..
kerana kita tak lihat 'sungai' lain..sepanjang hidup kita..

jika kita hidup dalam sesebuah 'masyarakat',
tanpa melihat 'masyarakat' lain,
buleh jadi, apa yang kita kerjakan selama ini salah...

padahal mereka ada cara yang lebih sesuai.. 
tapi kita nampak sesuatu itu baru dan asing.

buleh jadi kita seperti ikan di sungai klang selama ini..
hanya lakukan apa yang 'masyarakat' sebelum kita lakukan..
tanpa sedar ada yang lebih baik..
kerana zaman berubah..

jika kita bersikap seperti ikan sungai klang,
kita sama dgn masyarakat zaman jahiliyah dulu..
mereka lihat apa yang disampaikan Nabi Muhammad S.A.W,
sesuatu yang baru dan asing...
.
.
.
"lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung"
"yang mana satu engkau pilih..??"
 - M.Nasir, Tanya Sama Itu Hud-Hud

#12 : Rahsia Gagal



terkadang,
kita akan gagal..
bila kita cuba untuk puaskan hati semua org..

x salah..
cuma, mustahil..
lahirnya kita nie lemah,
diciptakan untuk saling bergantungan..

dan semuanya beza..

jadi bagaimana nak sukakan semua org..??
cukup saja kita sukakan Tuhan..
dgn itu, pastinya hasil yang baik2..
Dia yang sentiasa ADA..

sukakan DIA,
dan org2 yang terbaik untuk kita,
akan berpuas hati..

(inpired dari brother Pahrol Mohd Juoi)

# tgh bersedih....tapi, Maha Suci Tuhan dari bersifat zalim bukan...(T~T)??
# bukan mudah jika kita nie seorg penggagal..

Thursday 14 February 2013

#10 : Pedang Dan Kalam

Segala pekerjaan pedang itu boleh dibuat dengan kalam,
Adapun pekerjaan kalam itu tiada boleh dibuat dengan pedang,
Dan beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus,
Dengan segores kalam jadi tersarung.

- Raja Ali Haji, dalam mukaddimah Kitab Bustan al Katibin

#9 : Susah Belajar?

Result nak keluar..

bila lihat pencapaian sebelumnya,
rasa tak mampu dapat yang hebat-hebat..

.susah.

terkadang,
sesuatu perkara, pekerjaan mahupun ilmu itu
dijadikan susah
agar mereka yang bertanggungjawab saja
yang memahaminya & gunakannya

cuba bayangkan,
kalau sesuatu itu disalahguna..?? 

.malapetaka.
 

#8 : Nasihat Biar Ringkas Tapi Sampai Ke Hati

- Abu Bakr As-Siddeeq (radiAllaahu anhu)
[Golden stories of Abu Bakr As-Siddeeq by Abdul Malik Mujahid (Pg. 272)]