Monday 29 December 2014

Bersemangatlah Hadapi Final Exam



Man Jadda Wajada

untuk kamo0,
yang cintakan ilmu,
moga tenang dan baik-baik saja ya~
(^_~)











.satu.


perjalanan mencari ilmu itu,
adalah jalan mengenal Allah..
moga-moga hal ini mampu beri semangat buat kamu-kamu,
yang sedang hadapi perperangan perper.siksa.an perperiksaan
(banyak pulak typo ya~ haha)


nak kenal Allah kan,
kenalah semangat (^_~)v














.dua.

mungkin selama ini,
kita hanya melihat para pencinta ilmu sedang gigih mencari ilmu,
hakikatnya, tanpa sedar dia sedang mencari Tuhannya Yang Maha Esa..
moga kita semua berjaya temui Allah dalam setiap ilmu dipelajari..
in sha Allah,
ameen~














.tiga.

bila nanti,
kamu berasa susah saat belajar,
terapkan hingga ke dalam hati bahawa :
sesuatu ilmu itu kadang-kadang dijadikan susah,
agar yang benar-benar bertanggungjawab saja
bisa pelajari dan gunakannya..

cuba bayang,
kalau sesuatu ilmu itu disalah guna..?
.malapetaka.














.empat.

akhir sekali,
cubalah sehabis baik untuk cemerlang ramai-ramai..
kerana pastinya itu lebih nikmat berbanding cemerlang sendirian..
bukankah semua ilmu itu,
bukan kita pemiliknya~?














syat strong, stay blessed
.mayAllahbless.







Nota Tambah :

Kalau rasa malas atau tiada semangat untuk study,
kenanglah betapa dekatnya kamu pada graduasi..

Garisan penamat sudah hampir,
senyum dan semangat~







Friday 12 December 2014

Dunya





thanks..
(T~T)







Tiap-tiap kesulitan,
walau rasa berat atau tanpa putus,

semua bisa kita hadapi..








dengan tenangkan diri, fikir,
paksa, pujuk hati 








agar sedar dan fokus semula bahawa
ada yang lebih utama,
dari semua kesulitan itu :

- "Tujuan kita dihidupkan disini"








bukan mudah.
ambillah masa.
bersabar dengan diri tu.
patik..








.mayAllahbless.








Monday 8 December 2014

Maktub







sungguhlah,
tiada siapa yang mampu duga,
apa yang telah DIA maktubkan..




arah mana yang kita sedang tuju,
jangan begitu pasti kita tahu..
jangan sangka takdir seperti yang kita mahu..
doa dan serah pada DIA..
DIA saja Yang Maha Tahu.




kutip hikmah,
patik.




.mayAllahbless.








Bantuan Allah




bila kita dalam keadaan yang begitu perlukan bantuan Allah,
pergilah bantu sesiapa yang memerlukan..





manfaatkan peluang yang Allah beri tu,
berilah sehabis baik bantuan..
mana yang mampu.
ikhlaskan.





kerana,

bila kita selalu tolong orang lain,
Allah pasti akan tolong kita.





yakin,
Allah pasti kan tolong kita..





begitulah.




.mayAllahbless.







Wednesday 3 December 2014

Mohon Dunya Hanya Ditangan




new video from Yaser Birjas

alhamdulillah..
moga-moga kita semua sampai ke 'tahap' itu..
(T~T)








benar katanya,
terkadang tu,
tanpa sedar, kita biarkan banyak perkara diisi dalam hati,
kita tak sedar yang bila kita isi hati kita dengan sesuatu yang lain,
akan ada perkara sedia ada terpaksa ditolak keluar..
kerana ruang hati,
limited.

dan ianya sering berlaku,
tak kira siapa pun kita..
Allah..







mohon pada DIA,
moga-moga dunya kekal saja ditangan..
tak sampai ke hati..








dear patik,
mungkin, hikmah ujian tanpa putus ini,
adalah sebagai jambatan yang Allah sediakan untuk sampai ke 'tahap' itu..
mungkin..
insya-Allah..

.mayAllahbless.







Friday 28 November 2014

When Things Keep Getting Worse





When things keep getting worse before it started to get better,
just keep going..
may Allah guide us to where we're supposed to be..
may Allah ease everything..
may Allah ease..

(14 : 7)






kena pujuk hati,
moga-moga ada perkara terbaik yang tetulis nanti
insya-Allah..
insya-Allah....






pada sesiapa yang membaca,
mohon ampun untuk semua salah silap..
patik doa moga-moga kamu bahagia selalu..
moga kekal dalam rahmatnya..
(^_~)

stay strong, stay blessed
.mayAllahbless.







Tuesday 25 November 2014

Hikmah Doa Nabi Musa



hikmah dari doa Nabi Musa saat diuji,
saat apa yang tinggal cuma Allah saja..

Nouman Ali Khan explain doa ni dengan begitu jelas sekali..
tak rugi tonton hingga akhir video..




Thank you Allah..
this explain and reflect me well..
(T~T)







"Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Al-Qasas : 24)






"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"

.mayAllahbless.





 

Wednesday 12 November 2014

"Why Do Bad Things Happen?"



Khutbah by Nouman Ali Khan :
"Why Do Bad Things Happen?"




"Congratulate the ones who have sabr......."
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"





sangat suka tengok ceramah dia..
penyampaian dari dia,
tak pernah mengecewakan..
may Allah bless him.









Monday 3 November 2014

Qanaah



bersabarlah patik,
Allah sedang ajar kamu erti qanaah..

semua milikNya..
tak pernah sekalipun sesuatu itu jadi milik kita.







dan hanya bila kita lepaskan dunia,
kita akan dapat lihat,
'dunia yang sebenarnya'






.mayAllahbless.






Friday 17 October 2014

Jumaat Yang Indah (^_~)v



Salam Jumaat
(^_~)v





i

telah DIA tetapkan baik dan buruk,
pada tiap-tiap kehidupan manusia.

bagaimana kita respond bila hadapinya,
akan tentukan bagaimana masyarakat 'melihat' kita,
bagaimana kita sendiri 'melihat' kita, dan yang lebih penting,

bagaimana Tuhan 'melihat' kita..
=)





ii

ada orang lihat pada tanah.. kotor dirasakannya..
tapi tidak kita tahu, dari kotornya tanah itu,
lahirlah taman bunga yang cantik-cantik~

ianya soal dari kaca mata mana yang kita pilih untuk melihat.
semestinya pasti ada perkara yang bahagia untuk kita hari ini.





tiap-tiap keindahan dunia ini,
dibelakangnya ada nama DIA Yang Maha Menciptakan
(^_~)v
.mayAllahbless.





*mohon ampun atas entry sedih2 semalam...
ianya takkan berlaku lagi in syaa Allah~

Thursday 16 October 2014

Ambil




Tuhan,

ambillah nyawaku,
bila sempurnanya imanku.

=)
.mayAllahbless.






Wednesday 15 October 2014

#95 : Yang Kecil




"You`ve got to learn how to appreciate the little things in life; like a good cup of coffee or a fresh-smelling flower or the smile of a stranger as you pass on the streets. the world is a monumental beast frightening and discouraging, but in small doses, it is the most beautiful thing you`ll ever discover. "

- The Littlest Thing
(^_~)





besar mana nikmat DIA ambil,
sentiasa
ada nikmat yang DIA tinggalkan,
untuk kita hargai





adakalanya,
DIA ambil nikmat yang besar dari kita,
supaya kita hargai apa yang kecil-kecil itu..





mungkin satu hari nanti kita akan sedar,
nikmat-nikmat kita rasa kecil itu,
rupanya satu nikmat yang sangat besar..
=)






make doa
don't lose hope
and have faith
but understand that we live by Allah's grace

 .mayAllahbless.





Sunday 12 October 2014

#94 : Terus Menulis



[gambar ehsan google dan tumblr]





dear patik,
teruslah menulis dan menyampaikan.
sebarkan kebaikan dan bahagia,
sebelum jasad kembali jadi tanah.





orang kata,
walaupun jasad akan mati,
tapi penulisan mampu terus hidup,
dan lebih untung,
bila penulisan itu hidup dalam jiwa orang lain.






jangan tunggu bahagia,
jangan tunggu sempurna.
.sekarang.





(^_~)v
buat kamu-kamu yang membaca,
patik doa moga bahagia dan kekal dalam rahmatNya~
(bajet mcm ada lg yg nak baca je..huhu..)






patik masih belum kuat,
tapi itu bukan buleh dijadikan alasan..
untuk tidak melakukan kebaikan.
masyarakat perlukan kita.
=)
.mayAllahbless.





#93 : Rindu Menulis







10102014


brother  :  weyh, tengok muka macam sedih je.. ada masalah ke..?

patik      :  eh, in syaa Allah okeyh je~ =)

brother  :  nak nasihat tak..?

patik      :  apa..?

brother  :  bak sini kertas dan pen... *tulis-tulis something*

brother  :  nah, balik nanti... try check link blog tu... baca entry dia yang lama.. pasti membantu~





*pada kertas tu, tertulis link blog ni dengan caption :


"aku rindu kau dan penulisan kau yang dulu..
aku rindu kau yang mudah tersenyum dan suka menyampaikan,
kau tak rindu..?"





patik      :  ...................... (Allah....)

patik      :  ..........saya faham..... (T~T)

brother  :  oh ya, harap penulis tu nanti dapat bersihkan mana-mana entry baru yang tak membina…
                 harap lepas malam ni, tinggal entry yang membina saja.. =)

patik      :  in syaa Allah~ :')





(^_~)v
thanks~
#rindumenulismacamdulu
.mayAllahbless.





bila difikirkan balik,
mengapa perlu tunggu keadaan jadi senang, bahagia, sempurna,
baru nak tanamkan kebaikan..?
- patik





nota kecil :

dear brother,
seperti yang dijanjikan,
done~
=)






Monday 6 October 2014

#92 : Tertulis







i

"terkadang, Allah ambil sesuatu yang begitu berharga dalam hidup kita.
moga-moga kita jangan rasa begitu lemah dan bersedih..
sebab kita tak tahu apa yang termaktub.
mungkin Allah akan pulangkan semula nanti,
atau DIA akan ganti dengan perkara lain.."





"mungkin takdir kamu ada tertulis... tapi bukan sekarang masanya..
mungkin juga perkara lain yang tertulis.. tapi itulah yang terbaik..
berdoalah ya.. minta yang terbaik..
jangan sampai tak mahu doa pula,
sebab itu tanda kita sombong pada DIA.."





ii
"yang maktub tu tak buleh kita duga..
kan banyak kisah para nabi yang buleh kita kutip hikmahnya~
masih ingat kisah Nabi Ismail dan Siti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir..?
Allah pulangkan pada Nabi Ibrahim semula bukan..?
kalau itu yang terbaik, Allah akan bagi"




pokoknya, harus terus berdoa..
doa itu tanda kita hamba,
yang kembali berserah pada DIA..
kita kan, tak tahu.. jadi mintalah..






- TrimasS bro n sis.. (T~T)




***




mungkin,
Allah uji sebab DIA rindu kita.
mahu kita lebih dekat padanya.
bersabarlah..dan bersyukurlah.
kerana DIA pilih kita.




 Al-Baqarah : 285-286
dalami kisah ayat ini.
#pujukhati




staystrong
stayblessed
.mayAllahbless.




#91 : Tak Salah Berdoa




"kawan, jangan dirasakan kau buat salah bila masih terus berdoa. Tak salah untuk terus berdoa, malah itulah yang sepatutnya dilakukan. Berdoa itu tanda kita kembali pada DIA. Tanda kita sedar yang kita ni hamba... lemah... dan bergantung pada DIA." 




"Kita bukan buat salah. Tapi kita sedar yang kita ni hamba dan kita kembali berserah pada ketetapan DIA.. jadi jangan takut kita buat salah, sebaliknya teruslah berdoa"




"Kita berdoa tanda kita hamba, perlu berusaha. Sebab kita tak tahu apa takdirnya nanti. Mungkin ianya ada yang 'tertulis' pada masa hadapan tapi bukan sekarang. Mungkin juga perkara lain yang 'tertulis'."




trimasS bro..
(T~T)





Thursday 25 September 2014

#90 : Tiada Yang Immune




kelakar.
bila selalu orang datang pada kita,
mengadu tentang ujian yang mereka hadapi..
minta pandangan dan nasihat.




tapi,




kita sendiri rebah,
bila DIA beri ujian..
 Allah...(T~T)




tiada siapa yang immune dengan ujian Allah.
walau segagah mana kita berdiri,
depan Allah,
pasti kita rebah




.mayAllahbless.







Wednesday 17 September 2014

#89 : Milik DIA




semua hanya pinjaman,
tak pernah sekalipun sesuatu itu jadi milik kita,
semuanya milik DIA..




Allah... 





(T~T)
.mayAllahbless.





Sunday 27 July 2014

#88 : Aidilfitri - May Allah Accept Your Deeds













moga-moga raya kali ini,
kita dapat sambut kelahiran diri kita,
yang lebih baik dari sebelumnya~
In syaa Allah~ =)










rugilah kita,
bila kita akhirkankan ramadhan kali ini,
dalam keadaan diri kita yang sama dengan sebelumnya~










.mayAllahbless.
.sekian.


#87 : Bila Kesalahan Jadi Kebiasaan













jadi kawan,
sama-sama kita lebih berhati-hati ya~ =)










.mayAllahbless.
.sekian.


Sunday 29 June 2014

#86 : Esok Kan Puasa













"jom kita jenjalan puas-puas harini...start esok dah susah dah~"
"nak makan sedap-sedap....makan banyak-banyak... esok dah puasa dah~"










hati-hatilah kawan..
janganlah kita melihat bulan ramadhan
sebagai bulan musibah..

ia bulan rahmat










moga-moga ramadhan kali ini,
mampu kita manfaatkan sebaiknya..
untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..
in syaa Allah
(^_~)









post-mortem diri,
post-mortem hati.
.mayAllahbless.
.sekian.