Friday 17 October 2014

Jumaat Yang Indah (^_~)v



Salam Jumaat
(^_~)v





i

telah DIA tetapkan baik dan buruk,
pada tiap-tiap kehidupan manusia.

bagaimana kita respond bila hadapinya,
akan tentukan bagaimana masyarakat 'melihat' kita,
bagaimana kita sendiri 'melihat' kita, dan yang lebih penting,

bagaimana Tuhan 'melihat' kita..
=)





ii

ada orang lihat pada tanah.. kotor dirasakannya..
tapi tidak kita tahu, dari kotornya tanah itu,
lahirlah taman bunga yang cantik-cantik~

ianya soal dari kaca mata mana yang kita pilih untuk melihat.
semestinya pasti ada perkara yang bahagia untuk kita hari ini.





tiap-tiap keindahan dunia ini,
dibelakangnya ada nama DIA Yang Maha Menciptakan
(^_~)v
.mayAllahbless.





*mohon ampun atas entry sedih2 semalam...
ianya takkan berlaku lagi in syaa Allah~

Thursday 16 October 2014

Ambil




Tuhan,

ambillah nyawaku,
bila sempurnanya imanku.

=)
.mayAllahbless.






Wednesday 15 October 2014

#95 : Yang Kecil




"You`ve got to learn how to appreciate the little things in life; like a good cup of coffee or a fresh-smelling flower or the smile of a stranger as you pass on the streets. the world is a monumental beast frightening and discouraging, but in small doses, it is the most beautiful thing you`ll ever discover. "

- The Littlest Thing
(^_~)





besar mana nikmat DIA ambil,
sentiasa
ada nikmat yang DIA tinggalkan,
untuk kita hargai





adakalanya,
DIA ambil nikmat yang besar dari kita,
supaya kita hargai apa yang kecil-kecil itu..





mungkin satu hari nanti kita akan sedar,
nikmat-nikmat kita rasa kecil itu,
rupanya satu nikmat yang sangat besar..
=)






make doa
don't lose hope
and have faith
but understand that we live by Allah's grace

 .mayAllahbless.





Sunday 12 October 2014

#94 : Terus Menulis



[gambar ehsan google dan tumblr]





dear patik,
teruslah menulis dan menyampaikan.
sebarkan kebaikan dan bahagia,
sebelum jasad kembali jadi tanah.





orang kata,
walaupun jasad akan mati,
tapi penulisan mampu terus hidup,
dan lebih untung,
bila penulisan itu hidup dalam jiwa orang lain.






jangan tunggu bahagia,
jangan tunggu sempurna.
.sekarang.





(^_~)v
buat kamu-kamu yang membaca,
patik doa moga bahagia dan kekal dalam rahmatNya~
(bajet mcm ada lg yg nak baca je..huhu..)






patik masih belum kuat,
tapi itu bukan buleh dijadikan alasan..
untuk tidak melakukan kebaikan.
masyarakat perlukan kita.
=)
.mayAllahbless.





#93 : Rindu Menulis







10102014


brother  :  weyh, tengok muka macam sedih je.. ada masalah ke..?

patik      :  eh, in syaa Allah okeyh je~ =)

brother  :  nak nasihat tak..?

patik      :  apa..?

brother  :  bak sini kertas dan pen... *tulis-tulis something*

brother  :  nah, balik nanti... try check link blog tu... baca entry dia yang lama.. pasti membantu~





*pada kertas tu, tertulis link blog ni dengan caption :


"aku rindu kau dan penulisan kau yang dulu..
aku rindu kau yang mudah tersenyum dan suka menyampaikan,
kau tak rindu..?"





patik      :  ...................... (Allah....)

patik      :  ..........saya faham..... (T~T)

brother  :  oh ya, harap penulis tu nanti dapat bersihkan mana-mana entry baru yang tak membina…
                 harap lepas malam ni, tinggal entry yang membina saja.. =)

patik      :  in syaa Allah~ :')





(^_~)v
thanks~
#rindumenulismacamdulu
.mayAllahbless.





bila difikirkan balik,
mengapa perlu tunggu keadaan jadi senang, bahagia, sempurna,
baru nak tanamkan kebaikan..?
- patik





nota kecil :

dear brother,
seperti yang dijanjikan,
done~
=)






Monday 6 October 2014

#92 : Tertulis







i

"terkadang, Allah ambil sesuatu yang begitu berharga dalam hidup kita.
moga-moga kita jangan rasa begitu lemah dan bersedih..
sebab kita tak tahu apa yang termaktub.
mungkin Allah akan pulangkan semula nanti,
atau DIA akan ganti dengan perkara lain.."





"mungkin takdir kamu ada tertulis... tapi bukan sekarang masanya..
mungkin juga perkara lain yang tertulis.. tapi itulah yang terbaik..
berdoalah ya.. minta yang terbaik..
jangan sampai tak mahu doa pula,
sebab itu tanda kita sombong pada DIA.."





ii
"yang maktub tu tak buleh kita duga..
kan banyak kisah para nabi yang buleh kita kutip hikmahnya~
masih ingat kisah Nabi Ismail dan Siti Hajar yang ditinggalkan di padang pasir..?
Allah pulangkan pada Nabi Ibrahim semula bukan..?
kalau itu yang terbaik, Allah akan bagi"




pokoknya, harus terus berdoa..
doa itu tanda kita hamba,
yang kembali berserah pada DIA..
kita kan, tak tahu.. jadi mintalah..






- TrimasS bro n sis.. (T~T)




***




mungkin,
Allah uji sebab DIA rindu kita.
mahu kita lebih dekat padanya.
bersabarlah..dan bersyukurlah.
kerana DIA pilih kita.




 Al-Baqarah : 285-286
dalami kisah ayat ini.
#pujukhati




staystrong
stayblessed
.mayAllahbless.




#91 : Tak Salah Berdoa




"kawan, jangan dirasakan kau buat salah bila masih terus berdoa. Tak salah untuk terus berdoa, malah itulah yang sepatutnya dilakukan. Berdoa itu tanda kita kembali pada DIA. Tanda kita sedar yang kita ni hamba... lemah... dan bergantung pada DIA." 




"Kita bukan buat salah. Tapi kita sedar yang kita ni hamba dan kita kembali berserah pada ketetapan DIA.. jadi jangan takut kita buat salah, sebaliknya teruslah berdoa"




"Kita berdoa tanda kita hamba, perlu berusaha. Sebab kita tak tahu apa takdirnya nanti. Mungkin ianya ada yang 'tertulis' pada masa hadapan tapi bukan sekarang. Mungkin juga perkara lain yang 'tertulis'."




trimasS bro..
(T~T)