Friday 5 July 2013

#51 : Give Up / Raise Up

(nota : post ini panjang...)


Dipertengahan minggu exam, patik telah diuji...

selalunya patik bukan orang yang suka pada istillah 'putus-asa'...
 dalam hadapi masalah, biar hadapi sehabis baik,
cuba cari jalan-jalan alternatif selesaikannya...

dan yang paling patik tak suka,

bila hadapi masalah dengan hanya duduk diam,
menerima dengan tenang sepoi-sepoi bahasa,
tanpa buat sesuatu untuk selesaikannya...






namun ujian kali ini, betul-betul buat patik lemah..
rasa tiada harapan lagi yang tertulis pada yang maktub..
berhari-hari fikir dan akhirnya bila jiwa itu lemah :
-- Nekad-Mahu-GIVE-UP. 

sungguh ni...






saat hilang punca, Alhamdulillah, Allah bantu..
terdetiknya hati untuk jumpa kaunselor..






banyak perkongsian diberikan dalam sesi kaunseling,
tapi kamo0 tahu, dalam keadaan hati memang betul-betul tengah tertutup...
serius, susah nak hadam...






hingga tiba waktu dimana salah satu kata-katanya,
sangat terkesan kedalam hati... patik tersentap...
ringkas dan bersahaja, dia pesan :





Kaunselor :

kamu sayang pada Rasulullah SAW...??





Patik :

sayang.





Kaunselor :

"Ada sebuah hadis... "

"saya tak berapa ingat keseluruhannya tapi maksudnya lebih kurang beginilah..."



"Rasulullah SAW dulu pernah kata pada sahabatnya.... "

"kalaulah.....,"

"memang telah ditakdirkan, esok itu kiamat...." 



"ambil benih kurma itu....."

"benih yang ada ditangan kamu,"




"tanamlah ia..."






Patik :

.......

(air mata mengalir tahan menangis....)



Allah......






……………………………………………………


Rasulullah SAW bersabda  :

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

……………………………………………………






saat kamo0 lemah dan jatuh, biarpun ribuan kali,
Dia masih tak henti-henti berikan jalan dan turunkan rezeki...
maka wajarkah kamo0 berputus asa...??

.mayAllahbless.
.sekian.
 

2 comments:

  1. Jatuh itu perkara biasa.
    Nak bangkit dan bagaimana caranya itu yang jadikan ia luar biasa.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ribu-ribu terima kasih cik izzati~
      =)

      .mayAllahbless.

      Delete