Thursday, 25 September 2014

#90 : Tiada Yang Immune




kelakar.
bila selalu orang datang pada kita,
mengadu tentang ujian yang mereka hadapi..
minta pandangan dan nasihat.




tapi,




kita sendiri rebah,
bila DIA beri ujian..
 Allah...(T~T)




tiada siapa yang immune dengan ujian Allah.
walau segagah mana kita berdiri,
depan Allah,
pasti kita rebah




.mayAllahbless.







Wednesday, 17 September 2014

#89 : Milik DIA




semua hanya pinjaman,
tak pernah sekalipun sesuatu itu jadi milik kita,
semuanya milik DIA..




Allah... 





(T~T)
.mayAllahbless.





Sunday, 27 July 2014

#88 : Aidilfitri - May Allah Accept Your Deeds













moga-moga raya kali ini,
kita dapat sambut kelahiran diri kita,
yang lebih baik dari sebelumnya~
In syaa Allah~ =)










rugilah kita,
bila kita akhirkankan ramadhan kali ini,
dalam keadaan diri kita yang sama dengan sebelumnya~










.mayAllahbless.
.sekian.


#87 : Bila Kesalahan Jadi Kebiasaan













jadi kawan,
sama-sama kita lebih berhati-hati ya~ =)










.mayAllahbless.
.sekian.


Sunday, 29 June 2014

#86 : Esok Kan Puasa













"jom kita jenjalan puas-puas harini...start esok dah susah dah~"
"nak makan sedap-sedap....makan banyak-banyak... esok dah puasa dah~"










hati-hatilah kawan..
janganlah kita melihat bulan ramadhan
sebagai bulan musibah..

ia bulan rahmat










moga-moga ramadhan kali ini,
mampu kita manfaatkan sebaiknya..
untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..
in syaa Allah
(^_~)









post-mortem diri,
post-mortem hati.
.mayAllahbless.
.sekian.

*Short Notice-2*



Alhamdulillah..
bonda selamat menjalani pembedahan buang rahim pada 24 Jun 2014..
semalam, bonda telah dibenarkan pulang..


patik ucapkan ribu-ribu terima kasih,
buat semua yang telah mendoakan..
dan juga sumbangan-sumbangan yang telah diberikan..
moga-moga, Allah berkati kalian selalu~



maaflah,
ringkas sgt penjelasannya..
nanti patik update lagi ya~
.mayAllahbless.

Sunday, 25 May 2014

*Short Notice*




pada Jumaat baru-baru ni (23 Mei 2014),
bonda patik telah ditahan di wad hospital sg.buloh..
ada ketumbuhan yang dikenalpasti dan perlu dibuang..



bonda dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari pemantauan di wad..
kerana pembedahan dijadualkan pada bulan depan, 24 Jun 2014
bonda perlu jalani pemeriksaan berkala selang 2 hari sebelum tarikh pembedahan..



patik mohon kamu semua doakan ya..
jika ada yg sudi solat hajat,
patik sgt berbesar hati..



.mayAllahbless.
.sekian.

Tuesday, 15 April 2014

#85 : Tanaman Yang Memberikan Hasil



beberapa tahun lepas, ada senior pernah beri pengisian..
berkenaan 'Tanaman Terbaik'.. tapi dah lupa...haha.. =P

kemudian, beberapa bulan lepas patik teringat semula.
bila tengok rancangan Motivasi Pagi, TV3..
waktu tu dibicarakan 'Tanaman Yang Memberikan Hasil'..

walaupun ada beza sedikit pengisian dan pengolahan cerita antara kedua-duanya,
tapi mesejnya sama. nah, patik kongsikan secara ringkas ya.. =)


*******










tanaman yang memberikan hasil,
ada empat jenis.










.satu.

tanaman yang memberikan hasil pada jangka masa pendek.
seperti tanam taugeh.
dan dalam masa beberapa hari saja sudah dapat hasilnya.
mudahkan..? =)










.dua.

tanaman yang memberikan hasil jangka masa sederhana.
contoh, tanam padi.
dan dalam masa beberapa bulan saja, sudah buleh dituai.










.tiga.

tanaman yang beri hasil pada jangka masa panjang.
seperti tanam buah-buahan.
dan dalam masa beberapa tahun saja,
pokok akan berbuah.
malah sampai ke anak cucu nanti buleh nikmati..










*soalan :
ada tak tanaman,
yang buleh berikan hasil sampai bila-bila..?










jawapan :
ada.. =)
itulah jenis yang keempat.










.empat.

tanaman yang beri hasil sampai bila-bila.
caranya adalah dengan tanamkan kebaikan dalam jiwa masyarakat.

dan kebaikan itu tidak hanya terus mekar selama hayat,
malah akan berkembang dan sampai pada orang lain..
dan orang lain itu pula akan sampaikan dan pengaruhi orang lain.
begitulah ia akan terus berkembang selagi mana ia terus diamalkan.










tanaman yang terbaik adalah tanam kebaikan dalam jiwa masyarakat

sampai bila-bila.
in syaa Allah. =)










.mayAllahbless.
.sekian.

#84 : Cinta - II



cari-cari dimana cinta, yang terjumpa hanya DIA










cinta tak perlu dicari-cari..
tapi diberi.
kerana tiap-tiap empunya diri,
miliki cinta dari Yang Maha Menyayangi.
=)










kelihatan masing-masing sibuk mencari cinta dari manusia,
tapi sedikit sekali mahu menerima cinta dari DIA..
padahal kita pasti akan menerima cintaNya melebihi dari kita mencintaiNya.










mengelamun saja...hahaha.. =P










cari-cari dimana cinta,
cinta ada pada Yang Esa
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

Monday, 7 April 2014

#83 : Ada













kawan,

saat kamu hadapi masalah,
dan kamu mencari siapa yang ada bersamamu,
pasti susah untuk jumpa atau mungkin mustahil,
jika kamu carinya dalam kalangan manusia.










kerana 'Yang Ada' itu Dia,
Allah SWT.
Yang Maha Kekal,
Yang Maha Dekat










tiap-tiap ujian datang,
dibelakangnya ada peluang,
peluang untuk lebih dekat dengan DIA.
=)











.mayAllahbless.
.sekian.

#82 : Banduan



kita semua adalah banduan,
yang dijatuhkan hukuman mati..
manakala dunia ini adalah penjaranya,
dan sekarang,
kita sedang menanti.
bila agaknya hukuman masing-masing akan dijalankan.







jadi kawan,
adakah wajar pada ketika ini,
untuk menyerahkan sepenuhnya nasib hidup kita
dengan bergantung pada orang lain..?
yang kita sedia maklum,
dia juga turut sama dijatuhkan hukuman mati..







pasti tidak bukan..? =)
marilah kita letak tempat pergantungan hidup,
pada DIA, Yang Maha Menentukan.







.mayAllahbless.
.sekian.

Saturday, 5 April 2014

#81 : Kita Hebat?



hanya kerana,
kita tahu beberapa kelemahan seseorang itu,
jangan dirasakan kita lebih hebat dari dia.
serius jangan.







barangkali,
kita lebih teruk dari dia.
cuma Allah hijab keburukan kita saja.

jadi jagalah hati, jangan angkuh.







jika semua catatan 'penulis kiri' kita didedahkan pada dunia,
entah berapa mega juta yang akan sanjung kita..?
adakah ada manusia yang mahu dekat dekat kita..??







mari kawan,
sama-sama kita 'Post-Mortem Hati'
=)
.mayAllahbless.
.sekian.