Tuesday, 15 April 2014

#85 : Tanaman Yang Memberikan Hasil



beberapa tahun lepas, ada senior pernah beri pengisian..
berkenaan 'Tanaman Terbaik'.. tapi dah lupa...haha.. =P

kemudian, beberapa bulan lepas patik teringat semula.
bila tengok rancangan Motivasi Pagi, TV3..
waktu tu dibicarakan 'Tanaman Yang Memberikan Hasil'..

walaupun ada beza sedikit pengisian dan pengolahan cerita antara kedua-duanya,
tapi mesejnya sama. nah, patik kongsikan secara ringkas ya.. =)


*******










tanaman yang memberikan hasil,
ada empat jenis.










.satu.

tanaman yang memberikan hasil pada jangka masa pendek.
seperti tanam taugeh.
dan dalam masa beberapa hari saja sudah dapat hasilnya.
mudahkan..? =)










.dua.

tanaman yang memberikan hasil jangka masa sederhana.
contoh, tanam padi.
dan dalam masa beberapa bulan saja, sudah buleh dituai.










.tiga.

tanaman yang beri hasil pada jangka masa panjang.
seperti tanam buah-buahan.
dan dalam masa beberapa tahun saja,
pokok akan berbuah.
malah sampai ke anak cucu nanti buleh nikmati..










*soalan :
ada tak tanaman,
yang buleh berikan hasil sampai bila-bila..?










jawapan :
ada.. =)
itulah jenis yang keempat.










.empat.

tanaman yang beri hasil sampai bila-bila.
caranya adalah dengan tanamkan kebaikan dalam jiwa masyarakat.

dan kebaikan itu tidak hanya terus mekar selama hayat,
malah akan berkembang dan sampai pada orang lain..
dan orang lain itu pula akan sampaikan dan pengaruhi orang lain.
begitulah ia akan terus berkembang selagi mana ia terus diamalkan.










tanaman yang terbaik adalah tanam kebaikan dalam jiwa masyarakat

sampai bila-bila.
in syaa Allah. =)










.mayAllahbless.
.sekian.

#84 : Cinta - II



cari-cari dimana cinta, yang terjumpa hanya DIA










cinta tak perlu dicari-cari..
tapi diberi.
kerana tiap-tiap empunya diri,
miliki cinta dari Yang Maha Menyayangi.
=)










kelihatan masing-masing sibuk mencari cinta dari manusia,
tapi sedikit sekali mahu menerima cinta dari DIA..
padahal kita pasti akan menerima cintaNya melebihi dari kita mencintaiNya.










mengelamun saja...hahaha.. =P










cari-cari dimana cinta,
cinta ada pada Yang Esa
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

Monday, 7 April 2014

#83 : Ada













kawan,

saat kamu hadapi masalah,
dan kamu mencari siapa yang ada bersamamu,
pasti susah untuk jumpa atau mungkin mustahil,
jika kamu carinya dalam kalangan manusia.










kerana 'Yang Ada' itu Dia,
Allah SWT.
Yang Maha Kekal,
Yang Maha Dekat










tiap-tiap ujian datang,
dibelakangnya ada peluang,
peluang untuk lebih dekat dengan DIA.
=)











.mayAllahbless.
.sekian.

#82 : Banduan



kita semua adalah banduan,
yang dijatuhkan hukuman mati..
manakala dunia ini adalah penjaranya,
dan sekarang,
kita sedang menanti.
bila agaknya hukuman masing-masing akan dijalankan.







jadi kawan,
adakah wajar pada ketika ini,
untuk menyerahkan sepenuhnya nasib hidup kita
dengan bergantung pada orang lain..?
yang kita sedia maklum,
dia juga turut sama dijatuhkan hukuman mati..







pasti tidak bukan..? =)
marilah kita letak tempat pergantungan hidup,
pada DIA, Yang Maha Menentukan.







.mayAllahbless.
.sekian.

Saturday, 5 April 2014

#81 : Kita Hebat?



hanya kerana,
kita tahu beberapa kelemahan seseorang itu,
jangan dirasakan kita lebih hebat dari dia.
serius jangan.







barangkali,
kita lebih teruk dari dia.
cuma Allah hijab keburukan kita saja.

jadi jagalah hati, jangan angkuh.







jika semua catatan 'penulis kiri' kita didedahkan pada dunia,
entah berapa mega juta yang akan sanjung kita..?
adakah ada manusia yang mahu dekat dekat kita..??







mari kawan,
sama-sama kita 'Post-Mortem Hati'
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

#80 : Bahasa Universal



patik rasa,

bahasa universal, bukan English Language..
bukan bahasa yang buleh difahami dan diamalkan majoriti manusia,
tapi sepatutnya lebih dari itu.







patik rasa,
 
bahasa universal itu seperti 'bahasa alam',
bahasa yang mampu menghubungkan semua makhluk pada Penciptanya.
baik tumbuhan, haiwan, manusia ataupun alam semesta itu sendiri.







dan patik rasa,

bahasa ini, susah untuk kita dengar..
pertuturannya berbeza antara setiap makhlukNya..
tapi,
tiap-tiap pertuturan bahasa ini,
bawa maksud serta tujuan yang sama :


لا إله إلا الله محمد رسول الله







patik rasa la...haha..
*mengelamun~ =P







Al-Israa' : 44

tanpa kita sedari,
semua makhluk sedang bertasbih padaNya
tak mahukah kita turut serta..?
=)
.mayAllahbless.
.sekian.

Friday, 21 March 2014

#79 : Sarang Labah-labah












ini sarang labah-labah.
membentuk jaringan besar dan halus pada mata.
fungsinya, untuk memerangkap mangsa mahupun musuh.
jadi, jaringannya perlu cukup kuat,
cukup kuat pada mangsa dan musuhnya.







seperti labah-labah,
muslim juga membina jaringan.
namanya ukhwah.
ukhwah kerana Allah.
=)







berbanding labah-labah,
muslim membina 'jaringan' antara satu sama lain.
patik harap, 'jaringan' yang dibina itu juga besar dan cukup kuat.
agar bisa memerangkap musuh-musuh.







.mayAllahbless.
.sekian.


#78 : Diam



kawan,
katakan apa saja yang kamu mahu,
hanya dan hanya jika, apa yang ingin dikatakan itu,
lebih cantik dari diam.







biarlah dimata non-muslim,
umat Islam adalah umat beradab dan sopan.

bukankah non-muslim itu, merupakan 'potential muslim'..?
=)






#PrayForMH370

.mayAllahbless.
.sekian.

#77 : Hargai



tadi terlihat sepasang suami isteri bergaduh..
moga-moga, dipermudahkan mereka untuk berbaik semula..







ada sesuatu yang mahu patik kongsikan,

jika pasangan kita tahu yang kita tidak sempurna,
tapi dia begitu menghargai kita seolah-olah kita ni sempurna,
orang sebegini, kita hargailah sebaik mungkin..
serius.







.mayAllahbless.
.sekian.

#76 : Hari-hari



hati-hati kawan,
bila dirasakan setiap hari adalah hari-hari yang sama,
tiada yang indah, semuanya duka dan tiada makna,
mungkin, hati kita sudah buta..







hari-hari adalah beza,
hari-hari ada bahagia..







kita masih bernafas kerana disayangi
dan ia bukan kasih sayang yang biasa..
kerana kita disayangi oleh DIA, Yang Maha Mengasihi.

.mayAllahbless.
.sekian.


Tuesday, 18 March 2014

#75 : Sebab Berubah



sumber gambar di sini



.mayAllahbless.
.sekian.

#74 : Maafkan













bila kita disakiti berkali-kali..
kemudian, dengan begitu mudah dia minta dimaafkan,
serius, berat untuk memaafkan..
tipu kalau tiada langsung rasa berat sebegitu..







maafkanlah..
kerana hanya dengan memafkan saja,
kita bisa jalani hidup
dengan tenang.







jika tidak dimaafkan,
kita akan disakiti sekali lagi,
bila terkenangkan nanti..
sanggup..?







patik doa,
agar kalian juga diberi kekuatan
memaafkan tiap-tiap orang yang menyakiti,
dan kutip hikmah pengajaran.







"True forgiveness is when you can say, "Thank you for that experience" "
- Oprah Winfrey

.mayAllahbless.
.sekian.