Tuesday, 25 February 2014

#73 : Graduate











result final sem dah keluar.
alhamdulillah,
'Fresh Graduate Tidak Rasmi'
Bachelor of Engineering (Hons.) Civil







syukur dapat grad on time~
biar hidup sibuk berpersatuan itu ini..huhu..
tapi puas..

patik memang jenis tak suka duduk belajar saja..
tak buleh duduk diam..haha..

kamu tahu,
sepanjang pengajian, soalan yang sering bermain pada patik :
"selama masa kamu di tempat ilmu itu, apa saja yang telah kamu lakukan?
apa yang kamu sumbangkan pada pembangunan ummah?"
sebab tu tak buleh duduk diam.. =P

hakikatnya, apa yang disumbangkan, bukan besar mana pun.. Allah..(T~T)
moga-moga diterima dan bermanfaat~







sekarang, tengah cari kerjaya..
dan sambil itu, jadi pengusaha baru 'tanaman anggur' di rumah
hahaha..
moga-moga ada rezeki yang tertulis untuk patik..
InsyaAllah.. doakan sekali ya~ ^^







.mayAllahbless.
.sekian.

Monday, 24 February 2014

#72 : Surat Hati Seorang Pemimpin




       kehadapan pengikutku,

cubalah untuk ada, saat aku perlukan kamu ada.
hanya mencuba, sudah memadai.
itu saja yang aku harapkan.

moga kamu semua dirahmati Allah selalu.

dengan rendah hati,      

ketua kamu      







organisasi itu merupakan tempat,
untuk saling membantu, saling mempermudahkan dan saling meringankan
.mayAllahbless.
.sekian.

Thursday, 13 February 2014

#71 : What If I Told You The Truth About Islam



seen this video few years ago..
still think it's beautiful..
(^_~)



"What If I Told You The Truth About Islam"




.mayAllahbless.
.sekian.

Thursday, 6 February 2014

#70 : Ubah Jiwa Dengan Cinta












dengan cara apa kamo0 guna,
untuk ubah jiwa seseorang yang sedang memberontak..?
adakah dengan :
- memberontak, mencemuh, atau membenci..?







kamo0 tahu,
semua cara itu tidak efektif.
tidak terkesan.







untuk ubah jiwa yang sedang memberontak,
adalah dengan CINTA.
dan cinta yang terbaik,
adalah yang melibatkan Pencipta kepada cinta itu,
Allah SWT.







DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihi.
sungguh.
.mayAllahbless.
.sekian.

#69 : Cinta










.satu.

cinta itu dari Allah,
jadi mengapa perlu diberikan kepada sesiapa selain kepada Allah?
mengapa perlu untuk tujuan lain,
selain DIA, Pencipta kepada cinta itu







.dua.

cinta itu dari Allah,
jadi ia sebenarnya memberi kita kekuatan,
bukan melemahkan..







.tiga.

cinta itu dari Allah,
maka kita perlu mencintaiNYA serta Rasulullah SAW,
lebih dari yang lain







.empat.

cinta itu dari Allah,
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Ar-Rahman : 77)







(Ali 'Imran : 31)
.mayAllahbless.
.sekian.

Sunday, 26 January 2014

#68 : Dush~~!!




monolog hati :

 
dear patik,

jangan perasan ada bidadari dunia mahu suka pada kamo0..
jika amalan yang dilakukan, masih sekecil kuman~

dan,

jangan hajat mahu yang terbaik dariNYA,
jika usaha ke 'Jalan Lurus Itu' masih tak sampai jarak 1 inci.. 


Allah...Allah........
(T~T)







.mayAllahbless.
.sekian.

Tuesday, 14 January 2014

#67 : The Best Man =)






















……………………………………………………

"And We have not sent you, [O Muhammad], except as a mercy to the worlds"
(Al-Anbiya : 107)

……………………………………………………







nah hadiah,
kepada semua yang menyayangi Rasulullah SAW =)




 Salam Maulidur Rasul 1435H =)
.mayAllahbless.
.sekian.

Monday, 13 January 2014

#66 : Masalah



membebel 100 jam,
membising,
mencemuh,
membenci,
menghina,

- semua tu tidak buleh selesaikan masalah.







masalah selesai
dengan tindakan







.pilih.

bila menghadapi masalah,
masa yang ada itu, mahu digunakan untuk yang mana :


.satu.
menunjukkan dunia siapa pelakunya, mencemuh, menghina, membebel 100 jam, membenci etc~


atau,


.dua.
gunakan masa yang tinggal itu untuk sama-sama bantu cari solusi,
dan selesaikan dengan tindakan.







.mayAllahbless.
.sekian.

#65 : Perkara Utama Bila Kita Jatuh..





"Why do we fall..?"
- Papa Bruce Wayne







.mayAllahbless.
.sekian.

Tuesday, 17 December 2013

#64 : Salam Bahagia - II










kata orang,
bukan selamanya kita hadapi hari-hari yang bahagia..
sedangkan durian pun ada musim..







tapi InsyaAllah,
dalam tiap-tiap hari itu,
pasti ada satu :
- perkara yang membahagiakan
kita cari, kita dapat







terletaknya bahagia itu,
bukan dari peristiwa atau persekitaran

ia sama seperti masalah,
dua-dua bergantung dari sebagaimana diri melihatnya..
lihat sesuatu itu sebagai masalah,
jadilah ia masalah







tambahan,
jika yang kecil-kecil itu kita tidak bahagia,
bagaimana mahu selamanya bahagia..?
*senyum =)
**senyum lagi =)
***lagi =) hahaha..







.mayAllahbless.
.sekian.

Sunday, 1 December 2013

#63 : Ikatan Tidak Ternilai











kamo0 tahu,
ikatan yang terbina seperti keluarga,
itu saja sudah sangat seronok







tapi kan,
ikatan seperti keluarga yang :
- inspired kita untuk mahu menjadi lebih baik, membimbing kearah kebaikan, membina personaliti terpuji dalam diri

yang itu lebih tak ternilai kiranya..







sungguh,
kerana patik sudah merasai kedua-duanya,
dulu..
banyak kali..







tiap pertemuan & perpisahan dalam sesebuah ikatan itu,
ada rahmat dari DIA..
.mayAllahbless.
.sekian.

Tuesday, 19 November 2013

#62 : Sabar & Amarah




 edit dari brother facebook







Dear Patik,

jika kita disakiti, biar berulang-ulang kali
hingga kamo0 tak tertahankan
pilihlah untuk terus sabar
berbanding amarah







dengan bersabar,
sesuatu takdir itu tetap jua menimpa kita
tapi kita dapat pahala
iman meningkat







dengan amarah,
sesuatu takdir itu tetap jua menimpa kita
tapi kita dapat dosa






amarah itu kepuasan sementara,
kemudaratan darinya, mungkin kekal selamanya
dan jadi memori terburuk yang terpaksa diingati
selama hayat







sabar itu sepatutnya tiada penghujung
melainkan kita yang ngada-ngada meletakkan penghujungnya..







……………………………………………………
 
Sungguh, semiskin-miskin manusia itu, adalah mereka yang tiada sabar 

……………………………………………………







sabar & amarah,
pilih semasak-masaknya

.mayAllahbless.
.sekian.