Friday, 26 July 2013

#56 : kegagalan dalam hidup





dalam menghadapai banyak kegagalan dalam hidup
bukan mudah untuk katakan pada hati :
"sabar, belum gagal lagi......cuma kejayaan yang ditangguhkan saja..."
pahitnya, macam telan mega hempedu







kita perlu DIA..







give me the strength that I need Ya Allah...
 

Tuesday, 23 July 2013

#55 : Matang

baru-baru ini ada yang bertanya patik soal menjadi matang..
jawapannya mudah... ia bergantung pada bagaimana kita definisikannya..







definisi patik soal matang, BUKAN bila seseorang itu :

berdiskusi & bicara perkara yang hebat-hebat,
beri nasihat & tips yang hebat-hebat,
buat perkara yang hebat-hebat,
dikelilingi orang yang hebat-hebat,
juga bukan soal siapa makan garam dulu..







……………………………………………………

Real mature is about knowing when to be 'Somebody' & when to be 'Nobody'

……………………………………………………

 





ramai orang yang cuba menunjuk kehebatan diri di tempat yang tidak sepatutnya
seperti kita berbicara 'bahasa biochemical engineering' pada seorang tukang sapu sampah..
benar kamo0 lebih berilmu, tapi belajarlah rendahkan di tempat yang sepatutnya

orang bijak pasti tahu :
-- tunduknya padi, tunduk yang berisi

.mayAllahbless.
.sekian.

Sunday, 21 July 2013

#54 : Yang Maha Agung




original pic dari brother google







"searched for the words, to describe Your Beauty
no matter how I tried, no word seemed worthy
struggled to find, the right words for You
words just fail to describe, what's deep inside :

- Subhan Allah, Wa alhamdulillah, La illaha il Allah, wa Allahu Akbar"

- brother Sami Yusuf, No Word Is Worthy







 
(song is in English - Urdu - Farsi - Malay)







……………………………………………………

"ku mencari kata puji, moga menjadi zikir hati,
namun tiada kalam yang pasti, yang sesuci kalam ini :
- Subhan Allah, Wa alhamdulillah, La illaha il Allah, wa Allahu Akbar"

- brother Sami Yusuf, No Word Is Worthy

……………………………………………………






.mayAllahbless.
.sekian.

#53 : Apa Khabar Ramadhan Kita..?




original pic dari brother google







moga-moga 'ramadhan kita' terus bersemangat~ ameen~
 kita beruntung, diberi peluang satu bulan untuk dapat :
-- rahmat, keampunan & kebebasan dari api neraka







bulan ni waktu yang sangat sesuai untuk 'bentuk diri'
lihat cermin, semak diri, & 'post-mortem hati'
apa kita kagum dengan diri kita sekarang ini...??

Allah....(T~T)..







……………………………………………………

sekiranya pada bulan ini, tiap pahala dizahirkan dalam bentuk emas,
begitu haru la untuk setiap saat yang telah kita endahkan

……………………………………………………







.mayAllahbless.
.sekian. 

Tuesday, 9 July 2013

#52 : Video 'Couple Seminggu'

(respon patik buat mereka yang 'prihatin')



baru-baru ni,
laman sosial sesak dengan perihal video 'Budak Baru Couple Seminggu'..
patik lihat ada sesuatu yang tak kena,
pada respon 'mereka-yang-prihatin'..






Dear all,

budak yang baru couple seminggu tu buat salah...
tapi kita perlu faham,






patik takut dengan kebanyakan 'cara' yang dilihat, tak sampai kat hati dia...
menegurlah dengan membina, jangan mencemuh dengan hina






……………………………………………………

mujurlah catatan 'penulis kiri' kita tak buleh diupload pada facebook..
kalau tidak, entah berapa mega juta yang cemuh kita....
Allah...(T~T)

……………………………………………………





.mayAllahbless.
.sekian.

Friday, 5 July 2013

#51 : Give Up / Raise Up

(nota : post ini panjang...)


Dipertengahan minggu exam, patik telah diuji...

selalunya patik bukan orang yang suka pada istillah 'putus-asa'...
 dalam hadapi masalah, biar hadapi sehabis baik,
cuba cari jalan-jalan alternatif selesaikannya...

dan yang paling patik tak suka,

bila hadapi masalah dengan hanya duduk diam,
menerima dengan tenang sepoi-sepoi bahasa,
tanpa buat sesuatu untuk selesaikannya...






namun ujian kali ini, betul-betul buat patik lemah..
rasa tiada harapan lagi yang tertulis pada yang maktub..
berhari-hari fikir dan akhirnya bila jiwa itu lemah :
-- Nekad-Mahu-GIVE-UP. 

sungguh ni...






saat hilang punca, Alhamdulillah, Allah bantu..
terdetiknya hati untuk jumpa kaunselor..






banyak perkongsian diberikan dalam sesi kaunseling,
tapi kamo0 tahu, dalam keadaan hati memang betul-betul tengah tertutup...
serius, susah nak hadam...






hingga tiba waktu dimana salah satu kata-katanya,
sangat terkesan kedalam hati... patik tersentap...
ringkas dan bersahaja, dia pesan :





Kaunselor :

kamu sayang pada Rasulullah SAW...??





Patik :

sayang.





Kaunselor :

"Ada sebuah hadis... "

"saya tak berapa ingat keseluruhannya tapi maksudnya lebih kurang beginilah..."



"Rasulullah SAW dulu pernah kata pada sahabatnya.... "

"kalaulah.....,"

"memang telah ditakdirkan, esok itu kiamat...." 



"ambil benih kurma itu....."

"benih yang ada ditangan kamu,"




"tanamlah ia..."






Patik :

.......

(air mata mengalir tahan menangis....)



Allah......






……………………………………………………


Rasulullah SAW bersabda  :

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

……………………………………………………






saat kamo0 lemah dan jatuh, biarpun ribuan kali,
Dia masih tak henti-henti berikan jalan dan turunkan rezeki...
maka wajarkah kamo0 berputus asa...??

.mayAllahbless.
.sekian.
 

#50 : Jubli Emas



yeay post ke-50~~~~~! jubli emas..!! ahahahaaa.....(^_~)v
(ampun ya, merepek sikit~~) 
Alhamdulillah, masih dipanjangkan nyawa untuk terus menulis...






btw,

kenapa tak henti-henti sampaikan 'pengisian'...??

kerana jika tiada insan yang berbuat demikian,
pasti sekarang hidup patik masih tak tentu arah lagi...






kamo0 tahu,

bila sekali kamo0 rasa terselamat dari jalan yang salah,
pasti kamo0 cuba sebaik mungkin,
untuk tidak ambil jalan itu lagi.







jasad itu boleh mati,
tapi kebaikan yang ditinggalkan, tidak.





# nota :

Sekarang exam week, jadi ampun jika blog ini bersawang..
patik ucapkan mega terima kasih, buat mereka yang masih setia pada blog ini..
dan juga pada mereka yang baru menjadi follower...moga2 blog ini dapat beri manfaat buat kalian...

 
.mayAllahbless.
.sekian.

Friday, 21 June 2013

#49 : Takutkehilangan



terkadang tu kita terlalu takut
untuk kehilangan sesuatu yang kita sayang;
-- kejayaan, hartabenda, keluarga, orang tersayang






tapi,

segala kerisauan itu pasti akan hilang,
jika akal, ruh dan jiwa kita faham bahawa
semua cerita-yang-maktub itu ditulis oleh Pencipta yang sama;
-- Yang Maha Suci Dari Bersifat Zalim






……………………………………………………

Allah itu Maha Suci Dari Bersifat Zalim..

……………………………………………………







tetapkan hati,
agar jangan dirisaukan sangat hasilnya, hingga terlupa,
yang Allah dah pun uruskannya..

.mayAllahbless.
.sekian. 

# 48 : Harta

 


.satu.

duit itu sepatutnya mengajarkan kita
nilai berjimat cermat & nikmat bersedekah..






.dua.

harta yang banyak,
mermerlukan kita menjaganya sebaik mungkin..
tapi ilmu yang banyak,
akan menjaga kita nanti..






……………………………………………………

lihat apa sudah jadi pada dunia,
kerana 'harta' yang disangkakan harta

……………………………………………………



.mayAllahbless.
.sekian. 

Friday, 7 June 2013

#47 : Permintaan Tidak Ditunaikan



Salam Jumaat...(^_~)v
Moga-moga kita terus istiqamah dalam
'Post-Mortem Diri'




And He found you lost and guided [you]
Quran 93 : 7
sumbangan dari bro tumblr



Dear Patik,



jika ada keinginan atau impian,
tapi Allah tidak perkenankan serta-merta,



jangan lah kita persoalkan..



adalah lebih baik kita syukur,
sebab DIA tidak dihukum kita serta-merta,
atas setiap dosa yang telah kita lakukan selama hayat..



serius,
DIA Maha Pengampun,
juga Maha Penyayang....(T~T)



……………………………………………………

terkadang tu kita terlalu risau pada hasilnya,
hingga terlupa yang Allah dah pun uruskannya...

……………………………………………………

 

***
surat cinta ikhlas patik

segunung mega terima kasih buat para pengunjung yang telah menaikkan secara mendadak stat page view blog ini.. moga-moga, kamo0 mendapat juta-juta manfaat..
ameen~



.mayAllahbless.
.sekian.








Saturday, 1 June 2013

#46 : Cantik


 
 # photographer : FarahAfiza Photography     # editor : brother selasih



…………………………………………………… 

 setiap keindahan yang kita nampak itu adalah keindahan Penciptanya..
sungguh, DIA lah yang menciptakan keindahan..

……………………………………………………

.mayAllahbless.
.sekian.


Friday, 31 May 2013

#45 : Lemah..



dalam hati, tgh sedih...(T~T)
tak sanggup lagi ni...




Dear Hati,



tolong jangan lemah.. terus kuat...
InsyaAllah, satu-satu akan selesai..
nah, ini untuk kamo0 :
.Al-Insyirah.




Dear Patik,



selesaikanlah tiap-tiap tanggungjawab yang diberi..
ingat, bukan kerana hasilnya nanti,
tapi kerana kamo0 tahu, kiri dan kanan sedang mencatat..
dan kamo0 sedar, Ada juga 'Yang Sedang Melihat'...





 
Dear All,

……………………………………………………

dan dalam keadaan kita yang tak buleh berpatah balik, perkara yang perlu kita risaukan adalah...
cara untuk tambah langkah ke depan..
.sekian.
……………………………………………………