Friday, 21 June 2013

#49 : Takutkehilangan



terkadang tu kita terlalu takut
untuk kehilangan sesuatu yang kita sayang;
-- kejayaan, hartabenda, keluarga, orang tersayang






tapi,

segala kerisauan itu pasti akan hilang,
jika akal, ruh dan jiwa kita faham bahawa
semua cerita-yang-maktub itu ditulis oleh Pencipta yang sama;
-- Yang Maha Suci Dari Bersifat Zalim






……………………………………………………

Allah itu Maha Suci Dari Bersifat Zalim..

……………………………………………………







tetapkan hati,
agar jangan dirisaukan sangat hasilnya, hingga terlupa,
yang Allah dah pun uruskannya..

.mayAllahbless.
.sekian. 

# 48 : Harta

 


.satu.

duit itu sepatutnya mengajarkan kita
nilai berjimat cermat & nikmat bersedekah..






.dua.

harta yang banyak,
mermerlukan kita menjaganya sebaik mungkin..
tapi ilmu yang banyak,
akan menjaga kita nanti..






……………………………………………………

lihat apa sudah jadi pada dunia,
kerana 'harta' yang disangkakan harta

……………………………………………………



.mayAllahbless.
.sekian. 

Friday, 7 June 2013

#47 : Permintaan Tidak Ditunaikan



Salam Jumaat...(^_~)v
Moga-moga kita terus istiqamah dalam
'Post-Mortem Diri'




And He found you lost and guided [you]
Quran 93 : 7
sumbangan dari bro tumblr



Dear Patik,



jika ada keinginan atau impian,
tapi Allah tidak perkenankan serta-merta,



jangan lah kita persoalkan..



adalah lebih baik kita syukur,
sebab DIA tidak dihukum kita serta-merta,
atas setiap dosa yang telah kita lakukan selama hayat..



serius,
DIA Maha Pengampun,
juga Maha Penyayang....(T~T)



……………………………………………………

terkadang tu kita terlalu risau pada hasilnya,
hingga terlupa yang Allah dah pun uruskannya...

……………………………………………………

 

***
surat cinta ikhlas patik

segunung mega terima kasih buat para pengunjung yang telah menaikkan secara mendadak stat page view blog ini.. moga-moga, kamo0 mendapat juta-juta manfaat..
ameen~



.mayAllahbless.
.sekian.








Saturday, 1 June 2013

#46 : Cantik


 
 # photographer : FarahAfiza Photography     # editor : brother selasih



…………………………………………………… 

 setiap keindahan yang kita nampak itu adalah keindahan Penciptanya..
sungguh, DIA lah yang menciptakan keindahan..

……………………………………………………

.mayAllahbless.
.sekian.


Friday, 31 May 2013

#45 : Lemah..



dalam hati, tgh sedih...(T~T)
tak sanggup lagi ni...




Dear Hati,



tolong jangan lemah.. terus kuat...
InsyaAllah, satu-satu akan selesai..
nah, ini untuk kamo0 :
.Al-Insyirah.




Dear Patik,



selesaikanlah tiap-tiap tanggungjawab yang diberi..
ingat, bukan kerana hasilnya nanti,
tapi kerana kamo0 tahu, kiri dan kanan sedang mencatat..
dan kamo0 sedar, Ada juga 'Yang Sedang Melihat'...





 
Dear All,

……………………………………………………

dan dalam keadaan kita yang tak buleh berpatah balik, perkara yang perlu kita risaukan adalah...
cara untuk tambah langkah ke depan..
.sekian.
……………………………………………………


Thursday, 30 May 2013

#44 : Upgrade - Button Like + Recent Comment Widget




blog ini dibuat pada 2011..
tapi awal 2013 baru dimulakan fungsinya..
di era yang mana manusia lebih prefer fb dari blog...huhuu..



nampak macam salah timing..
tapi alhamdulillah, ada hikmah yang dapat..(^_~)v

.maktub.



segunung terima kasih buat Brother Awan,
atas bantuan ikhlas darinya
untuk button like setiap entry
& recent comment widget (lihat bawah sekali) 
sebagai penghargaan kepada para komentor...(^_~)v



kepada para pengunjung yang dihormati,
jemput lah like & comment ya..



patik masih bertatih dalam blogging..
alhamdulillah, ada yang sudi membantu..



…………………………………………………… 
  
memang tidak seberapa, tapi nah, ini untuk kamo0~ may Allah bless~
.sekian.
……………………………………………………


#43 : The Purpose To Find Knowledge




……………………………………………………..
“It is like the thirsty traveller who at first sincerely sought the water of knowledge, but who later, having found it plain perhaps, proceeded to temper his cup with the salt of doubt so that his thirst now becomes insatiable though he drinks incessantly, and that in thus drinking the water that cannot slake his thirst, he has forgotten the original and true purpose for which the water was sought.” 
……………………………………………………..

Syed Muhammad Naquib al-Attas,
Islam The Concept of Religion and the Foundation of Ethics And Morality 

Monday, 27 May 2013

# 42 : Final Year Project 1 (Proposal)




salam...
ampun dan maaf andai blog bersawang..



tak terluang masa..
untuk mengejarkan submission FYP...huhuu..



post-mortem diri :
kamo0 kata tiada masa,
tapi macam mana nak ada masa, kalau kamo0 tak beri masa..?

Allah....(T~T)



dalam menghadapi minggu-minggu menyiapkan FYP,
ampun dan maaflah buat mereka yang tak di'reply'..huhuu




……………………………………………………..

sungguh mereka yang paling sibuk itulah yang paling banyak masa..
kerana mereka nampak setiap minit yang buleh diisi...
 .sekian.
……………………………………………………..






***
.monolog.FYP.



Alhamdulillah... FYP siap walau tidaklah begitu menepati citarasa.. yang gembiranya, result report dari software 'turn-it-in'. Software untuk detect plagiarism report, sama ada sengaja atau tidak sengaja.. ikut peraturan faculty, jika result similarity index 'turn-it-in' yang MELEBIHI 30%, - TIDAK BULEH SUBMIT REPORT...huu.. syukur sangat bila result dapat 5%....(^_~)v terharu sangat sebab FYP patik agak susah, wat pendekatan method baru yang tak pernah dibuat orang...(T~T)..

Syukur Ya Rabb...atas segala yang telah dimaktubkan...(T~T)

Monday, 13 May 2013

#41 : Pagi~



 
salam pagi isnin...(^_~)v
hari ini merupakan selangkah lagi, untuk kita jumpa DIA..
patik doa moga kita semua dapat jumpa DIA, dalam keadaan yang terbaik~

ameen~




buat teman-teman,
jangan lupa beri masa untuk 'Post-Mortem Diri' pada hari ini...  
 



……………………………………………………

I am a khalifah of Allah, 
I make myself good, I help others be good, I make the world beautiful 

……………………………………………………

.mayAllahbless.
.sekian. 

#40 : CGPA Sebgai Alasan

 "CGPA itu atas kertas saja... kamu lihat, begitu ramai tokoh dihormati yang gagal dalam pelajaran dulu..."

- biasa dengar..??




…………………………………….
  
sungguh, pendapat kamo0 benar..
tapi janganlah kita jadikan itu sebagai alasan,
untuk tidak mahu berusaha sebaik mungkin.

…………………………………….



.mayAllahbless.
.sekian.

Friday, 10 May 2013

#38 : Aurat


"ada saja yang menjaga aurat, tapi perangai teruk.."

betul tu...
sehebat mana kita jaga aurat,
tapi peribadi dan amalan ibadah kita teruk...belum cukup baik lagi..

tapi,
jangan salah faham..

jangan pula disangka,
"jika kita tidak tutup aurat...tidak mengapa, asalkan peribadi kita baik..ibadah kita jaga.."
salah tu...

kerana,
walau sehebat mana peribadi kita,
sehebat mana ibadah kita,
jika tidak tutup aurat,
kita juga masih belum jadi baik lagi..

menjaga aurat itu, salah satu ciri mereka yang baik-baik..
 
# bukan semua yang tutup aurat itu baik...tapi untuk jadi baik, kena tutup aurat.. (^_~)v
# berbelit-belit...haha...moga-moga anda faham apa yang patik cuba sampaikan ini...huhuu (~.~")